24 Ogos, Rabu
0645 tidur
1520 bangun tidur, terus balik Klang
1615 keluar rumah menuju ke Stadium Shah Alam untuk membeli tiket perlawanan di antara Selangor dan Perak
1630 tiba di Stadium
1715 tiba di Borders
1730 jumpa Lee @ Esfan
1810 jumpa Angah kat rumahnya di Cochrane, tujuannya ambik kamera yang dipinjam untuk mengambil gambar kenang-kenangan di Konsert Slipknot di Singapura
1915 tiba semula di Shah Alam
1930 menonton seketika video 'Gema Reformasi' yang merakamkan perhimpunan Arsenik di Masjid Negara...sesuatu yang nostalgik..Romantik Reformasi
1945 berlepas ke stadium ngan Litat
2000 tiba di stadium, kelihatan agak ramai sudah berada di sini
2045 game bermula, dianggarkan kehadiran mencecah angka 40000 ke 45000 penonton
2240 perlawanan tamat, alhamdulillah! Selangor 1 Perak 1, gol minit akhir masa kecederaan...season ini menyaksikan pasukan Selangor berkemampuan untuk meledakkan jaringan walaupun di dalam situasi ketinggalan, terlalu banyak kes sebegini terjadi tahun ini. Tahniah kepada pemain yang tidak pernah putus asa! Selangor bermain amat baik pada separuh pertama, cuma yang menjadi halangan adalah penjaga gol Hamsani Ahmad (tahniah!), tiang gol dan pemain pertahanan.
2300 tiba di Hakim baru
2340 tiba di 'Istana Singgah' aku di Seksyen 7 Shah Alam, apalagi online la
0245 lepak @ Hakim menyaksikan perlawanan kelayakan Champion League di antara MU dan kelab Hungary...juga match Chelsea dan West Brom ngan Aran dan Litat
0340 pulang ke rumah, sambung menyaksikan game team aku, Arsenal menentang Fulham yang mana Gunners menang 4-1..yes!
0615 tidur
23 Ogos, Selasa
1330 kerja petang
1800 rehat kat Alras ngan Lee, Adik, Dorn, Gregory, Ikmal, Fakrul dan Alex
2220 habis kerja
2230 lepak sambil membaca akhbar @ Esfan
2345 pulang ke Shah Alam
0030 tiba di Shah Alam, membaca majalah bola 'Match' yang dibeli oleh Aran
0100 online
22 Ogos, Isnin
0715 sarapan di medan selera seksyen 7
0800 tiba di Esfan, lepak minum sambil membaca akhbar
0900 mula bekerja
1300 rehat di Esfan
1800 habis kerja, gi Suria KLCC ngan Aran, tujuan ke Sri Sutra Travel untuk mendapatkan list hotel dan pakej yang disediakan untuk destinasi Jakarta, aku menggunakan khidmat agensi ini semasa bercuti di Bangkok awal tahun ini, juga mengintai kedai buku pesaing, Kinokuniya
1845 berjalan-jalan di sekitar KL Convention Centre sambil menjenguk-jenguk Aquaria KLCC yang baru dibuka, cadang nak masuk tapi memikirkan tiada 'budget', tangguhkan dulu tapi sebelum 31 Ogos kerana tiket masuk hanya RM20 (harga biasa RM38)
1930 tiba di KL Sentral, aku suka ke sini kerana adanya kedai buku Nile yang ada menjual majalah Tempo dan Gatra, juga akhbar Parti Keadilan...aku hanya membeli akhbar Suara Keadilan..majalah Tempo dan Gatra memfokuskan tentang ulangtahun kemerdekaan yang ke 60 Republik Indonesia
2000 makan di Mamak bersebelahan Stesen Monorel KL Sentral, macam baisa sembang tentang life
2230 tiba di Shah Alam, online
2330 menonton DVD cerita Jepun, 'Crying out love in the centre of the world" ngan Pilus, sedih bangat citer ni
0140 tamat cerita, sambung online
0300 tiba di rumah
0400 tidur

0 Comments:
Post a Comment
<< Home