7 September, Rabu1200 bangun tidur
1230 spoil pulak, motor pancit
1340 setelah selesai masalah, aku bergerak ke KL
1415 kerja petang
1800 ambil seluar Pudu dan gunting rambut sekali
2230 habis kerja, mendapat perkhabaran gembira bahawa Selangor telah layak ke separuh akhir Piala Malaysia, yeahhh! Tahniah! Merah Kuning lambang kebanggaan, Selangor merancang kejayaan......
2315 tiba di Hakim, Litat dan Pilus menyusul
0015 tiba di rumah 7, terus online
6 September, Selasa0615 bergerak kei tempat kerja menaiki Komuter
0730 tiba di Esfan Bukit Bintang, sarapan
0900 kerja pagi
1800 habis kerja, singgah di Puduraya untuk memotong seluar jeans
1840 tiba di Mid Valley, Megat, Allan dan Zed sudah menunggu di Food Junction
1900 Azlina dan Hazeera tiba disusuli oleh Mute dan Nazrul
1930 tayangan filem 'Janji Joni' bermula
2045 habis tayangan, seperti biasa minum, makan dan lepak di Food Junction
2130 jumpa Ally sebentar di tingkat bawah, makin cun pulak si Ally ni sejak kerja kat California Fitness
2215 bersurai, bergegas terus ke Shah Alam
2315 menonton DVD 'Romantik ISA' arahan rakan UBU, Hakim, hanya mampu bertahan selama 10 minit sebelum terlena dek kerana kepenatan
5 September, Isnin1000 tidur
1700 bangun tidur
1800 makan dan lepak di Hakim ngan Pilus
2200 pulang semula ke rumah '7', macam biasa online sambil membaca akhbar
2300 Apai tiba
0000 pulang ke rumah, terima kasih Apai kerana sudi menghantar
0020 makan, membaca, membasuh baju, upload gambar, mengemas, menonton tv dsb
4 September, Ahad1645 bangun tidur
1745 tiba di Shah Alam, makan di Hakim
1915 tiba di Kg. Baru, beli buah tembikai dan tembikai susu untuk 'Pot Luck Party'
1945 tiba di rumah Nazrul di Plaza GM..antara bangunan cantik yang tersesat di kawasan 'bapok' di Chow Kit, sudah kelihatan Mute dan Gemoq..Ida dan suaminya tiba sekali bersama aku
2030 sudah ramai yang mulai tiba, acara makan-makan sudah bermula..sambil makan ada yang rancak bersembang dan ada yang khusyuk menonton F1 di TV
2130 Puan Yasmin Ahmad, Sharifah Amani aka Orked, Ng Choo Seong aka Jason tiba bersama nasi lemak dan lauk pauk yang lazat
2145 kejutan utama malam ini adalah preview buah tangan terbaru Kak Min iaitu filem Gubra, masing-masing mula mencari posisi terbaik...nasib aku sangat baik iaitu betuk-betul di hadapan dan bahagian tengah tv...Nani panggilan manja Amani siap duk depan aku..hehe
2345 sessi tayangan tamat yang disusuli dengan diskusi ringkas..kemudian sessi foto..gembira apabila Nani masih ingat pertemuan di Kota Singa tahun lepas sewaktu premiere filem Sepet, terima kasih pada yang hadir iaitu Yasmin Ahmad sendiri, Sharifah Amani, Ng Choo Seong, seorang pelakon dalam Gubra yang aku lupa namanya, Kekura, Megat, Hazeera, Jasemaine, Jason, Ted, Nana, Razlin, Gemoq, Ida dan suami, Bustaman, Cik Lemon, Eka, Ajin, Zed dan ramai lagi yang aku tak ingat namanya..sori yer!
0030 selepas sessi tapau menapau makanan yang banyak berlebih, aku segera pulang ke Shah Alam
0200 online