Sunday, August 07, 2005

7 Ogos, Ahad

1800 bangun tidur, baca paper
2100 lepak, makan dan menonton perlawanan bola (Community Shield) di antara Arsenal (my team) dan Chelsea, ini bermakna minggu-minggu mendatang yang menarik akan menanti aku dan member2 kaki bola yang terkapai-kapai kegersangan dek kerana tamatnya musim bola di Eropah (kecuali yang layan bola Malaysia jugak cam aku dan beberapa rakan yg lain, ya..kita mesti Glokal bak kata Hasbullah Awang), usual suspects yg ada Aran, Kacap, Litat dan membernya serta Pilus. Nasib tak baik, Arsenal kalah 1-2.
0015 lepak cc BBK ngan Pilus
0300-0445 lepaking kat Berkeley ngan Pilus

6 Ogos, Sabtu

1330 kerja petang
2220 habis kerja, hari ini merupakan hari terakhir rakan seBorders aku iaitu Tong, antara kaki bola dan rakan sembang bola yg ada di sini
2230 berjalan-jalan dan mengambil udara yang berjerebu di sekitar Bukit Bintang, kawasan Bukit Bintang bolehlah telah berubah menjadi satu kota untuk orang-orang Arab berikutan begitu ramainya pelancong Timur Tengah yang asyik membeli-belah dan menikmati hidangan di pelbagai restoran yang bilangannya telalu banyak
0030 lepak bersama Pilus dan Litat di Hakim baru
0300 lepak cc BBK
0630 tidur

5 Ogos, Jumaat

1330 kerja petang
2220 habis kerja
1130 lepaking bersama Litat dan Pilus @ Hakim baru, topik utama pagi ini adalah berkaitan pembangunan Bandar Klang dan isu sekitarnya seperti projek bus stand baru, koridor pertumbuhan baru di Bukit Tinggi dll
0300 lepak cc BBK
0500 membaca sebuah buku yg baru dipinjam, End of Oil
0600 tidur

0 Comments:

Post a Comment

<< Home