Tuesday, July 26, 2005

24 Julai, Ahad

1050 bangun tidur
1140 memulakan perjalanan ke Litar Sepang bersama abang aku untuk menyaksikan perlumbaan FIM Asia Road Racing 2005
1245 tiba di Litar Sepang, perlumbaan kelas Supersports race 1 sedang berlangsung, kehadiran penonton dianggarkan dalam lebih kurang 2000 orang. Pelumba harapan Malaysia, Ahmad Fuad Baharuddin ketika ini sedang bersaing hebat dengan penyandang juara, Hamaguchi yang mana pada akhirnya dimenangi juga oleh si Jepun.
1645 perlumbaan terakhir iaitu perlumbaan kedua kelas Supersports berakhir yang juga dimenangi oleh Hamaguchi.


pelumba kelas Supersports berada di grid

underbone 115cc




aksi Supersports di laluan lurus

1815 berhenti makan di Bandar Bukit Tinggi Klang
1910 tiba di Shah Alam untuk menonton satu lagi perlumbaan iaitu Formula One secara langsung di 8TV.
2230 makan dan lepak kat Hakim baru bersama Aran dan aweknya, Kacap dan adik Aran. Antara topik yang dibincangkan secara ringan adalah tentang Agenda Nasional Baru, Glokal dan sikap orang Melayu.
0000 lepak cc BBK ngan Aran dan Pilus
0130 pulang ke rumah dan terus menyaksikan satu lagi racing iaitu Moto GP yang diadakan di Trek Donnington Park

23 Julai, Sabtu

1330 kerja petang
2215 habis kerja dan dengan pantasnya aku menuju ke Dataran Merdeka untuk menonton perlawanan akhir Liga Perdana di antara negeri kesayanganku Selangor dan Negeri Sembilan yang disiarkan secara langsung di layar besar. Alhamdulillah, Selangor menang 4-2.
0015 menonton berita dan Forum Khas Perhimpunan Agung UMNO
0100-0230 lepak dan makan kat port biasa, Hakim baru ngan Pilus, topik malam ini adalah tentang kejayaan pasukan Selangor dan isu sekitarnya. Pilus ni orang N9, hehe..kecewa bangat dia
0300-0400 lepak cc ngan Pilus

22 Julai, Jumaat

1330 kerja petang
2230 habis kerja
2345 makan dan lepak kat Hakim baru ngan Pilus, antara topik malam ini mengenai Perhimpunan Agung UMNO, keyakinan diri, kareer, masa depan, melancong dsb
0330-0500 lepak cc juga ngan Pilus
0630 tidur

21 Julai, Khamis

0900 kerja pagi
1800 habis kerja, jalan-jalan sekitar Bukit Bintang
1900 jumpa Angah dan Diba kat CM
2000 sampai kat Shah Alam dan tertidur
0300 terbangun, terus balik ke rumah dan sambung tidur

20 Julai, Rabu

1745 bangun tidur
1800-2000 lepak kat Hakim baru ngan Pilus
2100-2300 lepak cc BBK juga ngan Pilus

19 Julai, Selasa

1330 kerja petang
2215 habis kerja
2300 main ping pong kat Taman Melati, antara yang main hari ni ialah Razli aka Koyok, Otai, Ahmad, Hamdan, Haizan dan Hafiz
0100 pulang ke Shah Alam
0200 makan dan lepak kat Hakim baru
0300-0500 lepak cc BBK
0600 tidur

18 Julai, Isnin

0900 kerja pagi
1800 habis kerja, terus ke rumah Angah ambik camera charger dan lepak kat Shamelin
2100 jumpa Razlin kat 14 PJ, bagi CD A Perfect Circle "Emotive" yang dikirim
2300-0230 lepak dengan Pilus kat Hakim baru, isu malam ini adalah tentang orang bodoh dan orang pandai
0245-0400 lepak cc kat BBK

17 Julai, Ahad

cuti
1630 bangun tidur
1730 makan dan lepak dengan Pilus kat Hakim baru
2000 menghadiri Festival Filem Malaysia 2005 di PWTC

16 Julai, Sabtu

0700 tiba di KL Sentral, lewat daripada jadual asal
0815 selamat tiba di rumah
1300 kerja shift petang, seperti dijangkakan customer agak ramai hari ini
2215 pulang ke Shah Alam
2300 tiba di Shah Alam, rakan-rakan iaitu Aran, Kacap, Cput dan Labu sudah berada dan sedang khusyuk menonton filem Gladiator, dengan kepenatan yang masih terasa aku terlelap meninggalkan hari sabtu

15 Julai, Jumaat

0815 tiba di Temasek dan bersarapan


aku dan angah di hadapan Stesen Keretapi Tanjung Pagar

1015 melawat rakan seBorders di Wheelock Place
1145 membeli belah CD dan DVD di HMV Heeren Plaza


Diba, Angah dan aku


Diba dan aku di sebuah Stesen MRT

Aku, Diba dan Angah di Orchard Road

1245 check in hotel dan berehat sebentar
1530 makan di Geyalng Serai dan membeli sedikit ole-ole di bazar berdekatan
1700 jalan-jalan di Cineleisure Orchard dan membeli 2 buah buku terpakai Kahlil Gibran di Far East Plaza
2000 berada di Esplanade untuk menonton konsert percuma 'Baybeats 2005'
2100 Oddstar 13 memulakan persembahan


vokalis kumpulan Oddstar 13 yang seksi


pemandangan Temasek daripada chill out stage area


2120 terpaksa beredar menuju ke Tanjong Pagar Railway Station untuk kembali pulang ke Malaysia
2230 train Senandung Malam berlepas ke tanahair

0 Comments:

Post a Comment

<< Home