31 Julai, Ahad
0800 tidur
1945 bangun tidur setelah hampir 12 jam tidur yang diselang selikan dengan sarapan, mendengar muzik, merenung ke dalam diri dsb
2000-2300 menonton tv, terlalu banyak rancangan menarik pada waktu ini seperti Formula 1, Moto GP, berita, Impian Ilynana, Debat Perdana dan Malaysian Idol. Sedang aku leka mendengar hujah-hujah panelis di dalam siri Debat Perdana yang bertajuk `Pembinaan Bangsa Malaysia: Agenda Bersama', abang aku pulang dari Kota Singa membawa DVD filem Jepun "CRYING OUT LOVE, IN THE CENTER OF THE WORLD" dan filem Korea 3 Iron, yes! yes! memang aku nanti-nantikan.
2330 tiba di Shah Alam untuk melepak sambil menonton sebuah vcd....
0000-0130 lepaking kat Hakim baru ngan Pilus, antara topik yang diperkatakan adalah tentang fenomena AF dan juga sikap mamat-mamat Melayu yang sering melihat perempuan macam tak pernah nampak kaum yang satu tu. Berdasarkan pengamatan aku, memang sikap yang aku gelarkan 'sakai' dan 'monyet' terutama sekali di stadium bola, pusat membeli-belah dan tempat-tempat tertentu ni amat berleluasa walaupun jumlahnya sudah berkurangan. Lebih memalukan lagi sifat yang dimiliki ramai kaum lelaki berbangsa Melayu ini turut dinyatakan di dalam ruangan untuk pelancong wanita di dalam buku pelancongan Malaysia, Singapore dan Brunei terbitan Lonely Planet. Nak tahu lebih lanjut datanglah ke kedai buku Borders yang terletak di Times Square untuk membelinya, kalau tak nak baca percuma pun takpe, hehe, promosi ni.

0145-0345 lepak cc BBK
30 Julai, Sabtu
1330 kerja petang
2220 habis kerja
2300-0000 main ping pong di Taman Melati, antara yang turun malam ni ialah Razli, Hamdan, Haizan, Hafiz dan Ahmad. Ah Sok yang berjanji untuk hadir tidak memunculkan dirinya.
0045-0340 makan dan lepak kat Hakim baru ngan Apai, Aran dan Kacap. Banyak topik menarik dari sukan, sejarah, Melayu, DEB, agama dll dibincangkan. Kalau tidak kerana Apai yang lemau, sudah pasti perbincangan akan berlarutan hingga ke subuh hari.
0350-0500 lepak cc BBK ngan Aran

0 Comments:
Post a Comment
<< Home