10 Ogos, Rabu
1530 bangun tidur
1630 jumpa Diba kat MEDEC, Intekma Resorts Shah Alam, keadaan jerebu dalam kategori merbahaya di Shah Alam dan Klang, mata sangat pedih..
1700 lepak ngan Pilus kat Hakim baru
1830 jumpa Din LRC kat Bangsar
1900 gi Borders jap mengambil sesuatu
2000 menghadiri sessi autograph bersama pelakon pujaan, Dian Sastro di TGV KLCC, siap beli poskad, poster dan buku nota..semuanya RM16 demi si Dian ni..siap dua kali beratur...memang cair siut!
2115 beredar pulang
2230 singgah sebentar di rumah Ah Sok kat Shah Alam, tgk beberapa benda menarik sambil bermain snooker setelah hampir setahun lebih tak menyentuhnya
2315 makan kat Hakim baru ngan Pilus, topil utama malam ini adalah tentang awek dan kecantikan dan kecomelan Dian Sastrowardoyo
0100-0300 lepak cc BBK ngan Pilus
9 Ogos, Selasa
1215 bangun tidur
1330 kerja petang
1800 rehat di Esfan
2230 habis kerja
2300 main ping pong @ Taman Melati, antara yg turun Otai, Razli dan beberapa ahli baru
0015 lepak minum di Melati Curry House ngan Razli dan Awe yang baru saja kehilangan motorsikal buruknya
0200 tiba di Shah Alam, semua dah tido, terus ke cc BBK
0400 burn cd Slipknot, Killers dan foto untuk Diba sambil menonton rancangan tv, membasuh dan makan
0500 tidur
8 Ogos, Isnin
0900 kerja pagi
1800 habis kerja, keadaan berjerebu di luar, menaiki Monorail ke KL Sentral, lepak sebentar di mamak sebelah monorel sambil membaca part2 awal buku The Battle of God karya Karen Armstrong, singgah sebentar di Nile Bookshop membeli Seruan Keadilan terbaru dan Majalah Gatra yang memfokuskan kepada isu Fatwa MUI, Islam Liberal Haram

1900 menaiki LRT ke KLCC, terserempak ngan Ika yg kelihatan tergesa-gesa, aku ke sini adalah untuk meninjau KL Convention Centre yang baru dibuka, memang cantik rekaannya pada aku dan ia menambahkan kecantikan kawasan sekitar KLCC, really impressive! duduk sebentar mencari ketenangan sambil menonton pertunjukan air pancut di Taman KLCC
2015 aku ke Kinokuniya, meninjau-ninjau sambil membandingkannya dengan tempat kerja aku, Borders...hmm, masing-masing ada kekuatan dan kelemahan
2100 menaiki LRT ke Dang Wangi dan seterusnya Monorail ke Bukit Bintang
2230 tiba di Shah Alam, mcm biasa lepaking dan makan ngan Pilus
2315 tidur

0 Comments:
Post a Comment
<< Home