Sunday, August 21, 2005

21 Ogos, Ahad

0700 beli paper, baca sambil terus menyaksikan aksi badminton yang terhebat
0845 tidur
1900 bangun tidur, menonton rancangan Kembara bersama M Nasir yang disiarkan di Astro Ria, episod kali ini membawa beliau ke Indonesia
2000 menonton F1 pusingan Turki, yes! Alonso dapat nombor dua
2200 tiba di Shah Alam, rakan-rakan iaitu Cput, Kacap dan Litat sedang menunggu untuk menyerbu Hakim baru, match of the week antara Arsenal dan Chelsea akan dilangsungkan pada pukul 11, kelihatan juga Toji sudah berada di hadapan komputer sambil memberi tutorial bagaimana untuk download fail daripada irc
2240 tiba di Stadium Hakim, kelihatan sudah agak ramai penyokong kedua-dua pasukan, Parjo tiba selepas itu ....huhu sedihnya, Arsenal kalah lagi oleh gol tidak sengaja Drogba
0100 tiba di Shah Alam, terus online
0520 tiba di rumah

20 Ogos, Sabtu

1330 kerja petang
2230 habis kerja, merayau-rayau di sekitar Bukit Bintang, terserempak dengan Shada dan boyfriend nya di hadapan KL Plaza
2345 tiba di Hakim baru, menonton baki 15 minit terakhir match Liverpool dan Sunderland, The Reds menang 1-0
0010 tiba di 7, surfing internet
0100 Apai tiba
0240 makan nasi lemak @ Taman Rashna
0315 tiba di rumah, menonton kejohanan badminton dunia di Astro..kecewa kecewa, dua wakil Malaysia tumpas di tangan pemain dari Indonesia yang sememangnya hebat, Taufik dan pasangan beregu, Chandra Wijaya dan Sigit Budiarto. Apapun tahniah kepada Lee Chong Wei dan Koo Keng Kiat dan Chan Choo Ming! Kedua-duanya masih muda dan mempunyai potensi untuk menjadi yang terbaik di dunia.

19 Ogos, Jumaat

1330 kerja petang
2230 habis kerja
2310 tiba di Shah Alam
0000 lepak ngan Pilus kat Hakim baru
0100 sambung online
0300 tiba di rumah, menyambung membaca buku Women in Islam
0430 tidur

0 Comments:

Post a Comment

<< Home