30 September, Jumaat
0900 kerja pagi
1800 habis kerja, lepak baca paper kat Esfan
2000 jumpa Kekura dan Hazeera kat KLCC
2100 menonton tayangan filem Thailand percuma sempena Festival Filem Asia Pasifik, Necromancer
2300 pulang ke Shah Alam
29 September, Khamis
cuti
28 September, Rabu
1330 kerja petang
2230 habis kerja
2300 main ping pong kat Taman Melati, yang turun hari ni ialah Razli, Ah Sok, Otai dan Awe
0100 lepak Melati Curry House
0245 tiba di Shah Alam
27 September, Selasa
0900 kerja pagi
1800 habis kerja
26 September, Isnin
25 September, Ahad
1130 bangun tidur
1200 menonton Moto GP bagi kelas 125cc di tv, tahun ini aku terpaksa tidak hadir ke Litar Sepang disebabkan oleh urusan kerja, sedih la jugak, sejak tahun 1999 tak pernah miss Moto GP/GP Dunia ni
1240 pergi kerja
1330 kerja petang bermula
1700 rehat kat Al-Ras ngan Sue, Shady dan Daniel
2225 habis kerja
2300 sampai di Shah Alam, online
2330 lepak Hakim ngan Pilus
0100 online sambil menonton F1 Brazil, Alonso mengesahkan kejuaraan F1 menjadi miliknya, juara termuda F1 dalam sejarah. Selain beliau, hari ini juga Rossi mengesahkan kejuaraan Moto GP nya di Sepang
24 September, Sabtu
1330 kerja petang
2230 habis kerja, di dalam perjalanan pulang Litat telah mengesahkan bahawa Selangor telah muncul juara Piala FA buat kali keempat dengan kemenangan bergaya 4-2 ke atas Perak. Badi kekalahan Selangor kepada Perak selama ini telah terhapus, syukur Alhamdulillah! Sedih gila tak daapt join rakan2 ke stadium , tapi nak buat macam mana kerja lebih utama. Thanks pada Litat dan Aran yang sentiasa memberi goal update sepanjang perlawanan berlangsung. Aku memilih untuk melalui Stadium Shah Alam sebelum ke Hakim untuk melihat sendiri suasana meriah di stadium yang sememangnya satu keasyikan bagi diri aku.
2300 lepak Hakim
2315 Pilus datang
2330 Litat datang
0015 balik Shah Alam tengok berita, online
0130 makan kat Hakim ngan Pilus
0500 pulang ke Klang
0615 tidur
23 September, Jumaat
0900 kerja pagi
1800 habis kerja, lepak Esfan ngan Pilus
1900 pergi ke KLCC menaiki Monorel dan LRT, tujuan adalah Times Bookshop, Kino dan Tower Records
2145 pulang ke Shah Alam
2215 sampai je Shah Alam bertembung ngan Ah Sok, Aran, Cput dan Kacap yang baru ingin memulakan perjalanan ke Ampang untuk berkaraoke, tanpa fikir panjang aku turut join sama menaiki kereta yang dipandu Ah Sok
2315 karaoke di News KTV City Square Ampang bermula, selain kami berlima, yang turut hadir adalah Cat, Bulat, Satan, Wak, Ijam dan aweknya, Labu dan Am
0215 tamat
0230 lepak makan di Lotus sebelah Hotel Nikko, Ijam dan aweknya serta Labu dan Aran tidak turut serta
0315 pulang ke Shah Alam
0400 tiba di Shah Alam, online
0500 tiba di Klang
0600 tidur
22 September, Khamis
1500 bangun tidur
1600 gi Shah Alam, online
1815 gerak ke KL
1900 tiba di Wisma MCA Jalan Ampang, ambil tiket Mini Konsert 'Korea Stars' Asean Tour, lepas ambil makan di Kitaro Bukit Bintang
2100 Konsert bermula, first time aku menonton konsert artis Korea secara langsung walaupun bukan penyanyi kesukaan aku iaitu Lee Jung Hyun, BoA dan Jang Na Ra. Hero drama My Love Patzzi yang berlakon di samping Jang Na Ra iaitu Kim Jae Won turut membuat kemunculan selain daripada Baby V.O.X , The Cross and WAWA. Sambutan hangat peminat sudah tentu diberi kepada Kim Jae Won dan aku pula sudah pasti Baby Vox. Aku harap impian untuk melihat di depan mata aktres favorite aku iaitu Song Hye Gyo dan Ji Hyun akan terlaksana suatu masa nanti.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home